BOLEH DI COBA...KEK Pandan..

RumAh KitA-Kalo besday mak akk, akk suka buatkan kek pandan layer ni sbb kegemaran dia. Kalo beli ada je x puas ati elok la buat dgn air tgn sendiri mcm mna mak kita masak utk kita dlu2 kann hehe
Resepi kek pandan
Bahan2
150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air
4 helai daun pandan
80 ml mentega cair
1 sudu besar ovellete
Pewarna hijau
Pandan emulco

Sebelum kita mulakan proses membuat kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu.
Ketuhar perlu dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan
Suhu yang dicadangkan adalah 170C, ini bergantung pada jangka hayat ketuhar masing-masing.
Sediakan loyang bulat atau empat persegi
Untuk resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inc
Jika anda ingin membuat 1 kek gunakan loyang yang lebih besar

1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak
3. Mentegar di cairkan

Cara-Cara
Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder.

Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan gebu
Anggaran masa memukul 10 minit

Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan emulco.
Terus putar dengan kelajuan tinggi

Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata
Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
Kek ini akan mengecut sedikit dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai
Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti

Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang


Resepi kastard
Bahan (A)
160 gm gula kastor 
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Cara-Cara
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad dan lapisan akhir pun sama habiskan kastard tadi.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BOLEH DI COBA...KEK Pandan.."

Posting Komentar